Usia 1 Tahun 11 Bulan, Disahkan Kencing Manis Type 1. Ingatkan Sebab Slalu Makan Yang Manis…Ini penyebab utama..

Usia 1 Tahun 11 Bulan, Disahkan Kencing Manis Type 1. Bukan Sebab Makanan Tapi Badan Tak Dapat Hasil Insulin

Di usia seawal 1 tahun 11 bulan, anak comel ini dah disahkan menghidap Kencing Manis Type 1. Mesti tak terjangkau dek akal bagaimana anak sekecil ini boleh menghidap kencing manis sedangkan ia biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Untuk pengetahuan ibu bapa, jangan sesekali menganggap Kencing Manis Type 1 ini disebabkan pengambilan minuman manis dan makanan bergula yang banyak. Salah ye! Sebenarnya ia berlaku disebabkan badan tak boleh nak menghasilkan insulin sendiri.
Perkongsian dari Dr Anisah Ali, ibu kepada Ammar Raif ini sangat bermanfaat untuk ibu bapa lain supaya dapat memerhatikan perubahan pada anak sendiri dan tidak cepat memberi tanggapan pada anak orang lain sesuka hati tanpa mengetahui lebih lanjut hal sebenar.
Saya selalu cakap pada diri saya,
“ InsyaAllah… apa-apa jenis ujian, i think i can go through it, EXCEPT ujian anak. Saya tak rasa saya boleh kuat untuk go through ujian anak.”Dan, sesungguhnya, Allah Lebih kenal diri saya dan suami saya. Allah Lebih Tahu apa yang kami mampu sebenarnya dan apa yang kami tak mampu. Terdiam.
Termenung saya dan suami selepas doktor pakar mengesahkan diagnosis Ammar Raif pada petang 3 Feb 2018.
Pada usia Ammar Raif 1 tahun 11 bulan ini, dia diagnose dengan…
Mild DKA with Newly diagnosed Type 1 Diabetes. (Kencing Manis Type 1).

How It All Started
Seminggu sebelum kami bawa Ammar Raif ke Unit Kecemasan HUKM sabtu tu, kami perasan Ammar Raif kerap buang air kecil.
Diapersnya akan penuh dalam sekelip mata je. Kalau sebelum ni kami tukar diapers-nya dalam 2-3 kali sehari. Minggu tersebut, kami terpaksa tukar diapers-nya hampir setiap 2-3 jam! Sebab memang penuh lendut tu.
Kerap kencing ni yang pertama saya perasan. Dalam term medikalnya dipanggil , Polyuria.
Dalam pada masa yang sama, Ammar Raif asyik mintak air saja. Setiap jam nak minum air. Sekali minum, secawan! Ini tanda kedua yang saya simpan dalam otak. Kerap nak air ertinya kerap haus. Polydipsia. Hanya dua tanda ni saja.
Ammar raif kekal active. Active sangat. Tiada demam. Tiada cirit birit atau sakit perut. Tiada muntah-muntah.
Minggu tu banyak kali timbul dalam fikiran saya, Saya tanya pada diri saya, kenapa dia kencing banyak sangat
“Takkan dia diabetes kot? He is too young for even type 1!”
Jadi saya cuba fikirkan kemungkinan sebab yang lain.
Saya tanya semua orang dirumah, “Kenapa dia banyak kencing eh?” Dan orang akan jawab “kan dia minum pun banyak. Tu sebab kencing banyak tu”
I took comfort dari jawapan-jawapan serupa itu. I was in denial!
To Emergency Unit 
Hari ke-7, saya perasan Raif lemah. Mata macam cengkung sikit. Masih banyak kencing. Masih kerap haus.
Dimaklumkan oleh ahli keluarga, Raif ada muntah sekali hari tersebut. Saya terus balik rumah. Saya sampai je rumah dalam pukul 2.15ptg, terus dukung Raif. Dia nak menyusu.
Elok lepas susukan ,dia tertidur. Waktu tu saya examine badan dia. Entah macamana, hati saya asyik seru suruh saya cek gula dia. Sebab what else could this be?
Dia dah ada tanda tanda dehidrasi dah ni. Saya pun whatsapp sorang sahabat. Dan dia pun setuju, cek je gula.
Saya pinjam glucometer ayah saya. Terus check gula dalam darah Ammar Raif. Terpapar di screen glucometer tu : 30.0
Saya campak glucometer atas katil, kerah suami saya untuk siap.
“Kita Kene Pergi ED sekarang, B!”
“Kita Pergi HUKM!”
Tak sampai 5 min, suami saya bersiap sekali dengan bag baju raif. Memang segala apa dia boleh capai dia masuk dalam bag tu.
Saya angkat Raif. Terus kami bergegas ke Unit Kecemasan HUKM.
Sesampai di sana, saya terus maklum yang DXT raif dirumah, 30.0. MA di ED tu pun tak fikir lama, drang terus ambil vital signs dan buat dxt, 33!
Terus tolak raif ke Zone Rhesus. Untuk stabilkan Raif

Recovery
Alhamdulillah. Raif hanya MILD DKA. Kebanyakan cases DKA, kanak-kanak tu terpaksa di intubate bagai sebab dah coma.
Saya bersyukur, hanya dalam tempoh tak sampai 24jam. Raif dah fully recovered dari DKA dia.
Cuma dia banyak menangis tak selesa sebab kiri kanan tangannya dipasang branula untuk masuk air dan insulin. Dia tak dapat bergerak banyak. Sebab terikat.
WHAT IS DKA?
DKA : Diabetic Keto-acidosis
Ianya adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah mencanak naik dan badan kekurangan insulin untuk proses gula tersebut.
Gula digunakan oleh tisu badan dan otot kita untuk buat tenaga, kan. Bila gula stay dalam darah dan tak dapat masuk ke dalam tisu dan otot badan. Tisu dan otot kita terpaksa gunakan lemak pula untuk buat tenaga.
Bila lemak digunakan untuk tenaga, proses ini akan menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil KETONES. Ketones ni acid sifatnya.
Bila tinggi acid ni , maka akan berlakulah Diabetic Keto-acidosis (DKA)
Apa symptoms DKA ?
– Kerap Haus
– Kencing banyak
– Sakit perut
– Muntah-muntah
– Letih , lemah
– Sesak nafas
– bau mulut : bau manis buah
– kekeliruan
– pengsan
– koma
Jika ada anak-anak yang tiba-tiba menunjukkan antara tanda-tanda ni, bersegeralah bawa dia ke klinik atau ke unit kecemasan untuk pemeriksaan.
What is Type 1 Diabetes?
Tak kurang, ramai juga yang menyangka Raif mendapat kencing manis type 1 ni sebab banyak makan makanan manis. (Raif tak gemar benda manis.. mak dia ya! Haha) Maaf.
Suka saya nak enlighten kita semua tentang 2 jenis kencing manis.
Sebab saya rasa, penyakit kencing manis type 1 ni tak popular dalam masyarakat kita. Sebabkan itu, masih ramai yang tak jelas dengan puncanya.
KENCING MANIS TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS.
Type 1 & Type 2.
Penyakit kencing manis yang biasa dapat diusia dewasa yang berpunca dari pemakanan yang tinggi gula dan gaya hidup kurang sihat… ini adalah Kencing Manis Type 2.
– kencing manis type 2 ni , bagi yang gulanya terkawal, cukup untuk dia ambil ubat pil sahaja (ie metformin)
– ada juga yang kencing manis type 2 tapi gulanya tidak terkawal dan dah banyak komplikasi sehingga memerlukan dia ambil insulin injections.
Satu lagi jenis kencing manis adalah yang didiagnose ketika kanak-kanak. Disebabkan badannya TIDAK BOLEH menghasilkan insulin sendiri. Ini adalah Kencing Manis TYPE 1 Bukan sebab makan manis ya.
BUKAN SEBAB MAKANAN MANIS. Tapi sebab badan tak boleh buat insulin. Kenapa tidak boleh buat insulin sendiri?
Sebab antibodi badan mereka yang sepatutnya melawan bendasing dah secara tak sengaja, menyerang B-cells dalam pancreasnya sendiri.
B-cells ini tugasnya adalah utk menghasilkan insulin. Namun bila dah diserang badan sendiri, fungsinya terjejas.
Dan inilah yang kita namakan, Auto-Immune disorder. Dimana badan kita menyerang badan sendiri
Kesimpulan :
Type 1 :
-kencing manis yang didiagnose ketika kanak-kanak.
-disebabkan auto-immune disorder
-badan TAK BOLEH hasilkan insulin
-terpaksa bergantung pada insulin injections.
Type 2 :
– kencing manis yang berpunca dari pemakanan tinggi gula/ gaya hidup tak sihat
– badan masih menghasilkan insulin tapi tak cukup
– ada yang makan ubat pil, ada yang sampai kene ambil insulin injections.
So, Raif Now
Banyak sangat benda baru saya dan suami belajar sepanjang Raif admitted di hosp.
– cara jaga makan dia
– cara baca label
– cara manage Raif pada hari-hari tertentu
– cara bagi insulin dan correction doses dan lain-lain lagi.
Banyak benda baru dan perubahan yang kami perlu buat untuk Raif. Raif akan ada rutinnya sendiri yang tetap setiap hari.
Jadi Sekarang, Ammar Raif Bergantung Pada Insulin Injections Setiap Hari Seumur Hidup, Setiap Kali Sebelum Makan. Pemakanannya Tak Perlu Dicatu Atau Hanya Boleh Makan Yang Sugar-Free Sahaja. Tidak..
Dia Boleh Makan Macam Kita Semua. CUMA, Saya Perlu Sukat Dan Kira Kandungan Karbohidrat Dalam Meals Dia Setiap Kali Dia Nak Makan. Supaya Saya Dapat Beri Dose Insulin Yang Sesuai Dengan Berapa Banyak Yang Dia Makan.
So far, this journey is challenging. But We Are Okay. Alhamdulillah. InsyaAllah.
Kalau Allah tak izinkan, dah lama Allah elakkan. Ujian ini adalah ujian kami. Juga a blessing in disguise insyaAllah.
Takkan Allah beri satu satu ujian itu sia-sia melainkan untuk sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah. Berkat doa dan sokongan kalian semua juga, kami dapat kuat dalam hari-hari awal yang mencabar ini.
Mohon doakan Ammar Raif sihaaat je selalu, doakan dia tak senang demam atau tak sihat. Doakan dia kekal aktif dan dah besar nanti jadi neurosurgeon (eh! Hehe). Ameen insyaAllah.
Sumber:  Dr Anisah Ali, Mama Ammar Raif. Via majalah pa ma


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==